Inix Technologies Holding Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) untuk membeli 51 peratus kepentingan dalam kilang sarung tangan getah, L&S Gloves Sdn Bhd.

BERANANG – [DIKEMAS KINI] Inix Technologies Holding Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) untuk membeli 51 peratus kepentingan dalam kilang sarung tangan getah, L&S Gloves Sdn Bhd.

Ini adalah langkah terbaru Inix untuk menguasai industri sarung tangan getah di negara ini.

Pengerusi Inix, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Lembaga Pengarah Inix telah mengunjungi kilang sarung tangan L&S Gloves di Beranang dan selepas mengadakan rundingan, kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani MOA secara rasmi hari ini.

Sementara itu, Naib Pengerusi Inix, Datuk Tan Choon Hwa berkata, Inix telah berusaha secara aktif meninjau peluang untuk membangunkan perniagaan baharu dan mencipta nilai untuk syarikat dalam tempoh beberapa bulan ini.

“Ini termasuk penyertaan kami ke dalam industri arung tangan getah. Syarikat telah membayar 45 peratus deposit untuk mengambilalih L&S Gloves.

“Kami percaya pengambilalihan ini akan memberi sumbangan positif kepada keuntungan masa depan kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Inix melaporkan kepada Bursa Malaysia hari ini bahawa L&S Gloves mempunyai dua kilang di Beranang yang sedang dalam pengeluaran.

Source:
Sinar Harian
https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=135348&dark_mode=false